Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Hampir 160 pemimpin bakal hadiri Perhimpunan Agung PBB

    WASHINGTON, 20 JULAI – Sejumlah besar para pemimpin kerajaan dari sebanyak 157 buah negara – berkata mereka merancang untuk menghadiri mesyuarat secara bersemuka bersama para pemimpin dunia buat kali pertama pada September ini semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak bermulanya pandemik COVID pada awal 2020.

    Seramai 104 pemimpin negara dalam senarai yang akan mempengerusikan sidang mesyuarat termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden; Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy; Raja Abdullah II dari Jordan dan para presiden dari Iran, Perancis, Brazil, Colombia, Korea Selatan, Afrika Selatan, Mesir dan Venezuela.

    Sementara itu, seramai 53 ketua kerajaan yang disenaraikan termasuk bakal Perdana Menteri United Kingdom (UK), Canselor Jerman Olaf Scholz dan para perdana menteri dari Jepun, Israel, Iraq dan Pakistan.

    Manakala itu, China akan menghantar timbalan perdana menterinya dan Rusia pula berkemungkinan menghantar Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Sergey Lavrov, yang mewakili negara berkenaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Palestin bukanlah negara ahli dalam PBB dan presidennya, Mahmoud Abbas, juga dimasukkan ke dalam senarai mempengerusikan sidang bersama ketua kerajaan Holy See, pemerhati tetap PBB.

    Pada September tahun lalu, PBB memutuskan untuk menggunakan format hibrid – membolehkan pemimpin-pemimpin negara menghadiri perhimpunan tahunan itu secara bersemuka atau melalui rakaman jika sekatan COVID menghalang mereka daripada membuat perjalanan, di mana seramai 72 pemimpin mengambil pilihan tersebut.

    Jurucakap Perhimpunan Agung, Paulina Kubiak kelmarin berkata tahun ini rakaman ucapan tidak akan dibenarkan.

    Pada tahun ini, para pemimpin dan menteri akan menghadapi isu baharu yang membimbangkan untuk ditangani – peperangan besar pertama Eropah dalam beberapa dekad di Ukraine, krisis makanan global, inflasi yang tinggi dan kenaikan harga makanan dan tenaga serta gelombang panas yang berlaku di sebahagian negara yang menandakan keperluan untuk melaksanakan langkah-langkah menangani pemanasan global. – AP

    Presiden Joe Biden adalah salah seorang pemimpin yang akan menghadiri Perhimpunan Agung PBB nanti. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...