Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hampir 300 banduan lari dari penjara Nigeria lepas banjir

    LAGOS, 16 SEPT – Di Nigeria, 281 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di bandar timur laut Maiduguri, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    Banduan berjaya melarikan diri selepas tembok penjara runtuh akibat banjir, kata jurucakap penjara Umar Abubakar, kelmarin.

    Banduan yang melarikan diri termasuk anggota militia Islam, Boko Haram.

    Maiduguri ialah ibu negeri Borno, yang didakwa Boko Haram melakukan serangan ke atas orang awam dan tentera sejak 2009.

    Selasa lepas, hujan lebat menyebabkan empangan pecah, membanjiri sebahagian besar bandar.

    Seluruh wilayah Sahel di utara Afrika, di mana Nigeria terletak, kini terjejas oleh banjir selepas hujan lebat.

    Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kira-kira setengah juta orang di rantau itu kehilangan tempat tinggal dan lebih 300,000 rumah musnah. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda