Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hampir 300 sertai ESTP Nostalgic Run

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Awan mendung dan rintik-rintik hujan tidak mematahkan semangat hampir 300 pelari yang teruja untuk menyertai ESTP Nostalgic Run 2021 sempena Hari Kebangsaan ke-37 yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan acara tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Mu’min.

    Sejurus tiba, Yang Amat Mulia dibawa ke podium bendera oleh Ketua Setiausaha Persekutuan Olahraga Brunei Darussalam (BDAF), Siti Adia Tawang, dan Ketua Pemasaran ESTP, Dayangku Norhakimah binti Pengiran Haji Bungsu, untuk melepaskan larian Kategori A pada jam 6:45 pagi.

    Acara yang julung kalinya diadakan oleh ESTP Sport Management (ESTP) itu telah menarik pelari-pelari daripada pelbagai latar belakang bagi memenuhi tiga kategori iaitu Kategori A sejauh 15km, Kategori B (10km) dan Kategori C (5km) berdasarkan tahap kecergasan mereka.

    Dinamakan ‘Nostalgic Run 2021’, acara tersebut diadakan bagi mengembalikan kenangan nostalgia tahun-tahun yang lalu di mana acara larian hampir semuanya berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

    Para peserta yang mula tiba sekitar jam 6 pagi juga dipastikan mematuhi prosedur operasi standard semasa perkumpulan tersebut dan diasingkan mengikut kumpulan masing-masing.

    Turut mengambil bahagian dalam larian Kategori A ialah seorang pelari maraton tertua di Brunei iaitu Haji Osman bin Haji Lahab yang berusia 79 tahun.

    Laluan untuk Kategori A bermula dari Budiman Walk di Stadium Negara Hassanal Bolkiah ke Bandar Seri Begawan melalui Jalan Perdana Menteri, hingga ke Jalan Simpang, menuju ke Jalan Utama Mentiri ke Jalan Dewan Majlis, ke Jalan Menteri Besar dan Jalan Stadium sebelum kembali lagi ke Budiman Walk di Stadium tersebut. Kedua-dua laluan untuk Kategori B dan C mengikuti laluan yang serupa tetapi lebih pendek.

    YAM Pengiran Muda Abdul Mu’min ketika melancarkan pelepasan pelari Kategori A dalam acara ‘ESTP Nostalgic Run 2021’ sempena Hari Kebangsaan ke-37 yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, kelmarin.
    YAM Pengiran Muda Abdul Mu’min ketika melancarkan pelepasan ESTP Nostalgic Run 2021, kelmarin.
    YAM Pengiran Muda Abdul Mu’min dan antara pemenang larian bergambar ramai semasa acara tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda