Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hampir 30,000 sampel telah diuji

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini kekal seramai 141 orang apabila tidak ada kes baharu jangkitan telah disahkan, hari ini.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar turut memaklumkan bahawa terdapat 409 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori di pusat-pusat pemantauan yang disediakan oleh kerajaan iaitu mereka yang baru tiba ke negara ini setelah melakukan perjalanan dari luar negara.

    “Setakat ini, seramai 2,698 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori di kemudahan-kemudahan berkenaan,” tambah Yang Berhormat Dato pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menurut beliau lagi, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 112 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 29,223 ujian.

    Berhubung aplikasi BruHealth, Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengongsikan bahawa setakat ini seramai 405,034 ahli telah mendaftar ke dalam aplikasi tersebut.

    “Bagi syarikat dan premis pula sejumlah 10,879 telah mendaftar. Manakala, berkenaan aplikasi PremiseScan pula, sejumlah 5,948 telah dimuat turun oleh 4,262 premis perniagaan,” katanya.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda