AMMAN, 15 MAC – Sekurang-kurangnya 4.8 juta anak kecil dilahirkan sejak permulaan perang di Syria sembilan tahun yang lalu, sementara 9,000 yang lain telah terbunuh atau cedera akibat konflik tersebut, menurut agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Sebagai tambahan, satu juta kanak-kanak telah dilahirkan sebagai pelarian sejak konflik tercetus pada 15 Mac 2011, UNICEF berkata.
“Peperangan di Syria hari ini mencatat satu sejarah yang memalukan,” menurut Pengarah Eksekutif UNICEF, Henrietta Fore, yang berada di Syria minggu lalu.
“Konflik yang memasuki tahun ke-10, berjuta-juta kanak-kanak memasuki dekad kedua kehidupan yang dikelilingi oleh peperangan, keganasan, kematian dan kehilangan tempat tinggal.”
Menurut data yang dikeluarkan pada tahun 2014 apabila pegawai mula memantau, UNICEF berkata bahawa ‘lebih dari 9,000 orang telah terbunuh atau tercedera dalam konflik.”
Pada masa yang sama ‘hampir 5,000 orang kanak-kanak – ada yang berusia tujuh tahun – telah direkrut untuk berjuang dan hampir 1,000 pusat pendidikan dan perubatan telah diserang.’
Agensi memberi amaran bahawa ‘impak sebenar peperangan ke atas kanak-kanak adalah lebih mendalam.’
Ted Chaiban, Pengarah serantau UNICEF di Timur Tengah dan Utara Afrika, berkata serangan berterusan oleh pasukan kerajaan ke atas kubu kuat terakhir di Barat Laut Syria mempunyai ‘impak yang mendalam ke atas kanak-kanak.’- AFP
