Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Hampir 500 pendatang diselamatkan

-

TUNIS, 26 NOV – Pihak berkuasa Tunisia hari ini berkata mereka berjaya menyelamatkan hampir 500 pendatang yang bot mereka mengalami masalah di luar pesisir negara Utara Afrika semasa berusaha untuk sampai ke Eropah.

“Peronda laut yang dibantu oleh unit tentera laut dan pengawal negara pada waktu senja hari ini berjaya menyelamatkan 487 pendatang dari pelbagai kewarganegaraan termasuk Arab, Asia dan Afrika,” menurut menteri pertahanan. Ia termasuk 93 kanak-kanak dan 13 wanita. Bot yang berlepas dari negara jiran, Libya dan menuju Eropah apabila ia ditahan di luar bandar Sfax, Tunisia, menurut mereka.

Pihak kementerian menerbitkan gambar-gambar bot yang membawa puluhan penumpang, dengan kebanyakan mereka terpaksa berenang pada bahagian sisi bot.

Libya, yang menjadi laluan utama bagi pendatang yang cuba menuju Eropah, menunjukkan peningkatan dalam jumlah pendatang selepas negara tersebut menjadi huru-hara setelah pemberontakan yang disokong oleh NATO pada 2011.

Kira-kira separuh daripada mereka berjaya ditahan adalah warganegara Mesir dan Bangladesh, bersama puluhan penduduk Syria dan Magribi dan sejumlah kecil dari Eritea dan Sudan, menurut kenyataan kementerian.

Penahanan terbaharu dalam siri operasi serupa bagi menghalang penyeberangan laut atau untuk menyelamatkan pendatang yang menaiki bot.

Pihak berkuasa Tunisia berkata pada hujung minggu bahawa mereka berjaya menghentikan lebih 200 pendatang ketika mereka cuba menuju ke perairan Itali. Pengawal pantai turut berkata mereka berjaya menghalang enam cubaan untuk menyeberang dan menyelamatkan 125 pendatang pada penghujung Oktober.

Awal bulan ini, empat pendatang Tunisia terkorban dan 19 lagi hilang selepas bot mereka terbalik. – AFP

Para pendatang yang berjaya diselamatkan. Pihak berkuasa Tunisia berkata mereka berjaya menyelamatkan hampir 500 pendatang yang bot mereka mengalami masalah, kelmarin.– AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -