Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hampir 60 peratus lengkap dua dos vaksin

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Jumlah penduduk yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19 di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan telah mencecah 82 peratus iaitu 352,709 orang setakat kelmarin apabila seramai 2,774 orang lagi menerima suntikan vaksin di seluruh negara.

    “Manakala, 254,727 orang telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 iaitu 59.2 peratus daripada jumlah penduduk negara,” kongsi Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato seterusnya mengongsikan, dalam kalangan penduduk berumur 60 tahun ke atas pula, seramai 42,231 orang iaitu 97.5 peratus telah menerima satu dos vaksin COVID-19 dan seramai 38,387 orang iaitu 88.7 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19.

    Sehubungan itu, kini Negara Brunei Darussalam mencatatkan sebanyak 607,436 jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan dos kedua, sejak mula diberikan pada 3 April 2021.

    Daerah Brunei dan Muara mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 386,627 jumlah pemberian, diikuti dengan Daerah Belait sebanyak 80,099, Daerah Tutong sebanyak 70,762 dan Daerah Temburong sebanyak 69,948.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda