Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hampir 600 banduan melarikan diri dari pusat pemulihan

    COLOMBO, 29 JUN – Kira-kira 600 orang tahanan berjaya melarikan diri dari pusat pemulihan di Polonnaruwa, Sri Lanka hari ini selepas pertempuran antara dua kumpulan banduan tercetus, menurut polis.

    Jurucakap polis Nihan Thalduwa berkata anggota tentera dan polis tambahan telah dikerah ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan, dan operasi menjejaki banduan yang melarikan diri telah dilancarkan, lapor Xinhua.

    Thalduwa berkata baki 400 tahanan bertindak menghalang pasukan tentera dan polis daripada memasuki premis itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda