Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Hampir 6,000 bebas atas pengampunan junta

    BANGKOK, 17 NOV – Bekas utusan British, penasihat ekonomi Australia dan seorang wartawan Jepun tiba di Thailand lewat hari ini selepas dibebaskan oleh junta Myanmar dalam pengampunan yang melibatkan hampir 6,000 banduan.

    Ribuan orang telah dipenjara sejak Myanmar bergolak berhubung insiden rampasan kuasa tentera tahun lalu.

    Bekas duta Britain, Vicky Bowman, penasihat ekonomi Australia, Sean Turnell dan wartawan Jepun, Toru Kubota mendarat di Bangkok sekitar 7 malam, menurut seorang wartawan AFP dalam penerbangan mereka.

    Bowman, yang memakai pakaian tradisional Burma, tidak memberi komen kerana dia diiringi oleh kakitangan kedutaan Britain ke lapangan terbang bagi penerbangan seterusnya.

    Kubota memakai baju-T dan melambai kepada rakan penumpang tidak menjawab permintaan untuk komen.

    Tetapi seorang lagi banduan yang dibebaskan atas pengampunan itu, Kyaw Htay Oo, warga AS-Myanmar, memberitahu AFP dia ‘sangat gembira’.

    Banduan yang dibebaskan dalam penerbangan itu kelihatan dalam keadaan sihat, kata wartawan AFP.

    Sejumlah 5,774 banduan dijadual dibebaskan sempena menandakan Hari Kebangsaan Myanmar, ‘termasuk kira-kira 600 wanita’, kata junta dalam satu kenyataan hari ini.

    Tiga bekas menteri dalam kerajaan pemimpin Aung San Suu Kyi yang digulingkan adalah antara yang akan dibebaskan, tambahnya.

    Junta tidak menyatakan berapa ramai daripada mereka yang diampunkan telah ditangkap semasa tindakan keras tentera terhadap penentang.

    Bowman, yang berkhidmat sebagai duta dari 2002 hingga 2006, telah ditahan bersama suaminya pada Ogos kerana gagal mengisytiharkan dia tinggal di alamat yang berbeza daripada yang disenaraikan dalam sijil pendaftaran warga asingnya.

    Pasangan itu kemudiannya dipenjarakan selama setahun. Suaminya, artis Myanmar terkenal Htein Lin, juga akan dibebaskan, kata tentera.

    Namun suaminya tidak berada dalam penerbangan ke Bangkok, menurut wartawan AFP. – AFP

    Orang ramai melihat anggota keluarga mereka dalam bas yang membawa banduan yang dibebaskan termasuk empat warga asing dari Penjara Insein pada 17 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...