PARIS, 31 JAN – Sebanyak 78,742 rekod perpindahan antarabangsa telah dilengkapkan dalam bola sepak lelaki dan wanita pada 2024, kata FIFA, dalam laporan yang diterbitkan, kelmarin.
Kelab di seluruh dunia membelanjakan sejumlah AS$8.59 bilion untuk yuran perpindahan antarabangsa dalam permainan bola sepak profesional lelaki, jumlah rekod kedua selepas perbelanjaan Amerika Syarikat $9.66 bilion pada 2023.
Paris Saint-Germain merupakan kelab yang berbelanja paling tinggi di Eropah mengatasi Manchester United, Lyon, Bayern Munich dan Brighton. Bournemouth dan Nottingham Forest juga antara enam kelab Liga Perdana yang berada dalam pasukan 20 teratas.
Kelab-kelab Inggeris merupakan pasukan nombor satu yang banyak berbelanja dalam pasaran perpindahan, dengan perbelanjaan AS$1.88 bilion secara keseluruhan, dan juga menerima paling banyak untuk pemindahan keluar, dengan memperoleh AS$1.34 bilion.
Manakala jumlah perbelanjaan bagi perpindahan dalam permainan bola sepak wanita menetapkan paras tertinggi baharu iaitu AS$15.6 juta lebih 2.5 kali ganda berbanding tahun sebelumnya.
Ia itu mencerminkan peningkatan 23.9 peratus dalam jumlah kelab (109) yang membelanjakan wang untuk satu perpindahan masuk.
Sebanyak 2,284 perpindahan antarabangsa bagi pemain bola sepak profesional wanita direkodkan tahun lepas, meningkat 20.8 peratus berbanding 2023.
Ia merupakan tahun keenam berturut-turut jumlah perpindahan antarabangsa dalam permainan bola sepak wanita di mana ia meningkat lebih daripada 20 peratus kepada lebih tiga kali ganda jumlahnya pada 2018 ketika pertama kali direkodkan. – AFP