Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hampir 800,000 kunjungi Taman Arkeologi Angkor pada 2023

    PHNOM PENH, 1 JAN – Taman Arkeologi Angkor yang terkenal di Kemboja mencatatkan jumlah pengunjung antarabangsa sebanyak 798,069 pada tahun 2023, meningkat sebanyak 177 peratus berbanding 287,454 pada tahun sebelumnya, menurut kenyataan akhbar hari ini.

    Tapak purba itu berjaya mengumpul pendapatan sebanyak AS$37.1 juta hasil daripada jualan tiket pada 2023, meningkat 222 peratus berbanding AS$11.5 juta pada 2022, kata siaran berita daripada Angkor Enterprise milik kerajaan.

    Pada Disember 2023 sahaja, Angkor mencatatkan 98,073 ketibaan pelawat asing, memperoleh AS$4.65 juta, masing-masing menunjukkan peningkatan sebanyak 57 peratus dan 85 peratus, berbanding bulan yang sama pada 2022, kata siaran berita itu.

    Terletak di wilayah barat laut Siem Reap, Taman Arkeologi Angkor seluas 401km persegi, yang tercatat dalam Senarai Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1992, merupakan destinasi pelancongan paling popular di kerajaan itu.

    Setiausaha Negara dan Jurucakap Kementerian Pelancongan, Top Sopheak sangat percaya Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap Angkor (SAI) yang dilaburkan China, yang telah beroperasi secara rasmi pada November lalu, akan menarik lebih ramai pelancong antarabangsa ke Angkor.

    Dengan landasan sepanjang 3,600 meter, SAI kini merupakan lapangan terbang terbesar di negara Asia Tenggara dan merupakan pintu masuk utama ke Angkor. – Xinhua

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda