MADRID, 28 FEB – Hampir 900 ekor lembu yang diangkut menggunakan kapal ke Laut Mediterranean selama dua bulan akan dikorbankan setelah doktor haiwan menganggap ia tidak lagi sesuai untuk dieksport, kata pihak berkuasa Sepanyol.
Sebanyak 895 ekor lembu dibawa dari pelabuhan Cartagena Sepanyol pada 18 Disember lalu di kapal kargo bernama Karim Allah dieksport ke Turki. Namun, pihak berkuasa pelabuhan Turki menolak untuk membiarkan ia turun, dilaporkan kerana disyaki akan membahayakan kesihatan haiwan itu.
Setelah percubaan kedua gagal untuk memunggah lembu di Libya, kapal itu kembali ke Cartagena, di mana pihak berkuasa Sepanyol memerintahkannya untuk berlabuh pada Khamis lalu. – AFP