Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hampir 98% kes baharu di M’sia kategori 1 dan 2

    KUALA LUMPUR, 12 OKT – Sejumlah 97.9 peratus atau 7,126 daripada 7,276 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi, melibatkan individu dalam kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan.

    Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata baki 150 kes atau 2.1 peratus pula terdiri daripada kategori tiga, empat dan lima. 

    Kategori tiga merujuk kepada individu yang mempunyai radang paru-paru, empat memerlukan bantuan oksigen dan lima memerlukan bantuan pernafasan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda