Selepas mengumumkan perceraian pada Januari lalu, pasangan pelakon Hollywood, Jason Momoa dan Lisa Bonet dikhabarkan kini kembali tinggal bersama.
Menurut sumber rakan terdekat kepada Momoa, pelakon Aquaman itu mahu memperbetulkan semula rumah tangga mereka yang musnah selepas lima tahun berkahwin.
“Jason berpindah semula ke rumah Lisa dan mereka kini gembira bersama.
“Mereka membuat keputusan untuk memulihkan rumah tangga selepas bercerai.
“Anak-anak mereka juga sangat teruja selepas mereka kembali bersama,” ujar satu sumber seperti yang dipetik dari Hollywoodlife.
Jason, 42, dan Lisa, 54, berkahwin pada Oktober 2017. Mereka mempunyai dua orang anak iaitu Lola, 14, dan Nakoa-Wolf, 13.
Pasangan ini bercinta sejak tahun 2005 dan Momoa pernah mendedahkan dia mula tertarik dengan Bonet ketika menonton lakonan isterinya itu di televisyen. – Agensi
