Hampir kesemuanya disewa

MUMBAI, 1 DIS – Pada usia 29 tahun, Spandan Sharma tidak memiliki rumah pangsa, kereta malah sebuah kerusi—sejumlah besar Milenial atau Generasi Y semakin meningkat di India yang menentang arus tradisi, sebaliknya memilih untuk menyewakan segalanya daripada perabot sehinggalah telefon iPhone.

“Generasi milenium dalam kalangan usia saya mahukan kebebasan dan sesuatu yang pada awalnya dilihat sebagai kestabilan kini dilihat sebagai tanda terikat,” kata Sharma memberitahu AFP.

“Ibu bapa saya tidak memahami konsep menyewa perabot sama sekali. Mereka tidak pernah menyukai idea tersebut,” katanya.

“Mereka kata lebih baik membeli daripada menyewa perabot dalam jangka masa panjang.

Dengan harga 4,247 rupee (AS$60) sebulan, eksekutif berpangkalan di Mumbai itu menghiasi seluruh kediamannya, mendapatkan perabot bagi bilik tidur, bilik tamu dan ruang makan serta peti sejuk dan mikrogelombang. Sharma tidak bersendirian.

Gambar fail pada 26 Oktober 2019 menunjukkan Vandita Morarka, 25, ketika ditemu bual oleh AFP di Mumbai. – AFP

Berpuluh-puluh ribu orang muda India beralih daripada membeli kepada menyewa agar mereka boleh hidup tanpa keterikatan.

Malahan, syarikat-syarikat perniagaan menyewakan perabot pejabat, menurut pengusaha yang sedang naik, Vandita Morarka.

Ketika Morarka menubuhkan syarikat tidak mengaut keuntungan, Future Collective dalam 2017, dia menyewakan hampir kesemua yang diperlukannya dan menyalurkan wang simpanan tanpa sebarang harta dengan membayar gaji 25 kakitangannya.

“Daripada meja belajar dan kerusi sehinggalah komputer riba, saya menyewakan semuanya memandangkan harganya agak berpatutan,” kata wanita berusia 25 tahun itu memberitahu AFP.

“Sistem ini membolehkan saya mengambil lebih banyak risiko…dan jika ia tidak berjaya, kita boleh menutup syarikat tanpa kehilangan sejumlah besar pelaburan dan memulakan perniagaan di tempat lain,” tambahnya. – AFP