Penyanyi popular Wany Hasrita mengakui dirinya menjadi mangsa penjenayah siber yang cuba memindahkan sejumlah wang daripada akaun bank miliknya, baru-baru ini. Menurut penyanyi lagu Terlalu Memuja itu, dia menerima panggilan mencurigakan daripada seorang lelaki tidak dikenali. “Sebelum kejadian, saya dihubungi lelaki tidak dikenali yang meminta bantuan. Lelaki itu mendakwa dia tersalah masukkan nombor telefon untuk