Tuesday, October 8, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hampir RM40 juta diperuntuk bagi projek di Sabah

    KOTA KINABALU, 7 OKT – Kerajaan Malaysia memperuntukkan hampir RM40 juta bagi melaksanakan pelbagai projek infrastruktur awam di Sabah termasuk pembinaan
    Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Fasa 1A dan Fasa 1B.

    Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kira-kira RM13 juta daripada jumlah itu merupakan projek infrastruktur di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) melibatkan 488 projek manakala LPB Fasa 1A dan Fasa 1B pula bernilai RM26.6 juta.

    Beliau berkata 488 projek KKR itu termasuk 47 projek pembinaan jalan raya, jambatan dan bangunan dengan peruntukan RM5.78 juta, 200 projek infrastruktur desa dan wilayah (RM5.04 juta), 200 projek sekolah daif (RM1.71 juta) dan 41 projek klinik serta hospital berjumlah RM430,000.

    “Projek ini dikendalikan KKR dan Kementerian Kewangan serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah untuk manfaat negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat JKR Sabah di Kota Kinabalu, hari ini. – Bernama

    Datuk Seri Ahmad Maslan ketika sidang media selepas melakukan lawatan ke Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah pada 7 Oktober. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda