Monday, March 31, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hampir separuh bekalan air paip di AS dicemari bahan kimia

    LOS ANGELES, 7 JULAI – Hampir separuh bekalan air paip di Amerika Syarikat tercemar dengan bahan kimia yang dikenali sebagai ‘bahan kimia kekal’, menurut kajian terkini daripada Suruhanjaya Geologi Amerika Syarikat.

    Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Environment International edisi Ogos, pendedahan terhadap bahan ‘perfluoroalkyl and poly-fluoroalkyl’ (PFAS), juga dikenali sebagai ‘bahan kimia kekal’ dikesan dalam air minuman merupakan kebimbangan kesihatan global, lapor Xinhua.

    Pasukan penyelidik menjalankan satu kajian nasional untuk membandingkan PFAS dalam air paip dari 716 lokasi di seluruh Amerika Syarikat sejak dari 2016 hingga 2021.

    Pasukan terbabit menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya satu PFAS dapat dikesan dalam kira-kira 45 peratus sampel air minuman di Amerika Syarikat.

    Kajian itu memerlukan penilaian lanjut tentang risiko kesihatan kumulatif PFAS sebagai satu kelas dan digabungkan dengan bahan cemar lain yang berlaku serentak. – Bernama

    Peralatan yang digunakan untuk menguji bahan perfluoroalkyl dan polyfluoroalkyl, yang dikenali secara kolektif sebagai PFAS, dalam air minuman dilihat di Trident Laboratories di Holland, Michigan, 18 Jun 2018. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda