Monday, February 26, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Hampir separuh pengundi kokus Republikan dukung gerakan MAGA Trump

    DES MOINES, 16 JAN – Hampir separuh daripada peserta kokus Republikan di Iowa mendukung gerakan Make America Great Again (MAGA) dan tidak tidak ramai yang mengakui kemenangan pilihan raya presiden 2020 Joe Biden sebagai sah, menurut tinjauan Edison Research.

    Hampir separuh 551 pengundi yang menyertai tinjauan itu menyokong gerakan MAGA bekas presiden Donald Trump dan hampir dua pertiga mengatakan mereka tidak percaya kemenangan Biden dalam pilihan raya presiden 2020 adalah sah.

    Selain itu, lebih separuh daripada responden tidak bimbang dengan pertuduhan yang dihadapi Trump dan tetap menganggap beliau layak untuk bertanding jawatan presiden.

    Kokus Republikan diadakan di 1,600 pusat mengundi di seluruh Iowa tetapi sukar untuk menganggarkan berapa ramai pengundi akan hadir, kata jurucakap parti Republikan lapor Sputnik pada kelmarin.

    Iowa akan menghantar 40 perwakilan ke Konvensyen Kebangsaan Republikan yang dijadualkan pada 15 hingga 18 Julai di Milwaukee, Wisconsin.

    Seramai 2,500 orang akan mengundi pada konvensyen itu dan untuk menang calon perlu mendapatkan undi daripada 1,215 perwakilan. – Bernama

    Calon presiden Republikan, bekas Presiden Donald Trump bercakap kepada ahli kaukus, kelmarin, di Pusat Acara Horizon di Clive, Iowa. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan tetapkan Khamis hari terakhir doktor mogok kembali bekerja

    SEOUL, 26 FEB - Kerajaan Korea Selatan memberi doktor muda yang mogok empat hari untuk melaporkan diri ke tempat kerja, dengan berkata hari ini...