Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hampir setengah juta kanak-kanak Somalia berisiko mati kelaparan

    NAIROBI, 13 MEI – Hampir setengah juta kanak-kanak di Somalia menghadapi pemakanan tak seimbang dan berisiko mati kelaparan, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) memberi amaran kelmarin, ketika operasi bantuan antarabangsa dikurangkan.

    Benua Afrika adalah salah sebuah negara termiskin di dunia, terlibat dalam perang saudara selama bertahun-tahun, bencana iklim dan pemberontakan oleh Al-Shabaab yang dikaitkan dengan Al-Qaeda.

    Negara itu baru-baru ini mula pulih daripada kemarau yang berpanjangan, manakala banjir yang meluas pada 2023 menyaksikan hampir satu juta orang kehilangan tempat tinggal.

    CARE International berkata bilangan kanak-kanak yang megalami kekurangan pemakanan akut di bawah lima tahun telah meningkat kepada 1.8 juta, memetik unjuran badan pemantau yang disokong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bertarikh 29 Mac.

    “Daripada jumlah itu, 479,000 dijangka mengalami kekurangan zat makanan yang teruk dan berisiko mati tanpa bantuan segera,” katanya.

    Pengarah negara CARE Somalia, Ummy Dubow berkata wanita dan kanak-kanak adalah yang paling terjejas. – AFP

    Gambar menunjukkan penduduk Somalia yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir di Mogadishu, Somalia pada 10 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda