Baru-baru ini, penyanyi yang berasal dari Korea Selatan, Han Byul meluahkan rasa marah di Instagramnya.
Juara musim kedua program realiti, Big Stage, itu nyaris ditipu oleh seorang gadis melalui direct message (DM).
Han yang kini berada di Malaysia berkata, gadis dengan nama Ashley Davis itu telah menghantar DM kepadanya dan dia sedar pemilik akaun itu merupakan seorang scammer yang cuba menipu dengan mengambil wang dari mangsa.
Scammer itu cuba memperdaya mangsa dengan memberikan pautan palsu dan menawarkan bayaran kepada mangsa jika membuka pautan tersebut.
“Hati-hati dengan akaun Instagram bernama ini. Mereka akan memberi pautan yang palsu. Mereka akan kata, mereka akan bayar anda jika memuatnaik iklan,” tulis Han Byul di IG stories miliknya.
Han atau nama sebenarnya, Jang Han-byul turut menasihati warganet supaya berhati-hati dengan mana-mana akaun yang cuba menipu mereka secara online. – Agensi
