Sunday, April 27, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Han Byul tak sabar aktif semula

    Selepas setahun pulang ke Gangnam, Seoul, Korea Selatan, juara musim kedua program realiti, Big Stage, Han Byul sudah pulang ke Malaysia.

    Penyanyi lagu Luka dan Bahagia itu selesai menjalani proses kuarantin selama tujuh hari di sebuah hotel di ibu negara, sebaik menjejakkan kaki di Malaysia pada 31 Mac lalu.

    “Lucunya, ketika saya berkongsi cerita sudah tiba di Kuala Lumpur dalam media sosial, ada peminat fikir saya bergurau,” katanya kepada media. Menurut artis naungan syarikat pengurusan, Laugh Out Loud Entertainment ini, sepanjang setahun di Seoul, dia menyempurnakan beberapa projek selain berehat.

    “Saya mengikat kontrak bersama syarikat muzik baharu dan merakamkan single berjudul Used To This.

    “Rangka kerja termasuklah menyiapkan video muzik dan urusan lain yang mengambil masa enam bulan. Single itu dilancarkan Januari lalu dan dipromosikan selama hampir sebulan.

    “Saya turut melancarkan lagu runut bunyi K-drama Mr Queen diberi judul Like A Star,” katanya.

    Teruja pulang ke Malaysia yang dianggap rumah keduanya, Han atau nama sebenarnya, Jang Han-byul bersemangat menghangatkan trek seni di negara ini. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda