Sunday, April 27, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Han Byul tolak jadi artis Kpop

    Sedekad bergelar artis, penyanyi asal Korea, Han Byul mengakui tetap memilih Malaysia sebagai rumah kedua selepas dia bergelar juara Big Stage 2019.

    Biarpun menerima sokongan di serata dunia, Han Byul berkata, hatinya mahu kembali ke Malaysia dan mengembangkan kerjaya seni di negara ini. Dua tahun menyepi akibat COVID, Han Byul muncul dengan single keduanya berjudul Bukan Milikmu hasil ciptaan penyanyi terkenal Hazama dan komposer Omar K.

    Menurutnya, idea bekerjasama tercetus ketika beliau dan Hazama menjalani penggambaran telemovie pada Mei lalu. Tambahnya lagi, lagu ini sudah sap dirakam pada tahun lalu namun tertunda akibat COVID.

    Sementara itu, apa yang menarik, Han Byul berkata, lagu berkenaan menyelitkan beberapa bait lirik dalam bahasa Korea bagi menambahkan feel terhadap karya ini.

    Lagu Bukan Milikmu boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. – Agensi

    Han Byul pilih Malaysia sebagai rumah kedua. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda