Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Han So Hee bengang kisah putus cinta masih jadi bualan

    Meskipun hubungan percintaan antara pelakon Ryun Jun Yeol dan Han So Hee sudah berakhir namun kontroversi mengenai isu itu masih lagi hangat diperkatakan warganet.

    So Hee atau Lee So Hee, 30, bagaimanapun mengakui kurang selesa apabila orang ramai dan wartawan masih sibuk ingin mengetahui kisah peribadinya itu.

    “Saya percaya perkara peribadi tidak sepatutnya bercampur dengan perkara umum, saya harap anda menikmati dan menonton drama ini dengan baik,” kata So Hee.

    So Hee berkata demikian ketika ditemui media sewaktu menghadiri sidang media tayangan drama musim kedua Gyeongseong Creature.

    Pelakon ini turut menegaskan supaya tidak ada mana-mana pihak termasuklah wartawan bertanyakan kisah peribadi berbanding drama lakonannya itu.

    Dalam perkembangan lain drama Gyeongseong Creature 2 bakal disiarkan menerusi platform Netflix pada 27 September ini.

    Pada pertengahan Mac lalu, So Hee mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Jun Yeol selepas paparazi berjaya merakam foto mereka sedang becuti di Hawaii.

    Mereka bertemu ketika menghadiri acara pameran fotografi tahun lalu namun mula rapat awal tahun ini. Pengakuan tersebut juga sekali gus menolak dakwaan kononnya dia menjadi orang ketiga menyebabkan hubungan Jun Yeol dan bekas kekasihnya iaitu pelakon Hyeri putus.

    Jun Yeol dan Hyeri sudah menjalinkan hubungan cinta sejak tujuh tahun lalu. – Agensi

    So Hee rimas apabila sering diajukan soalan mengenai hubungan cinta lalu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda