Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Han Stray Kids sumbang 100 juta won sempena hari kelahiran

    Han, seorang anggota kumpulan K-pop Stray Kids, menyumbang 100 juta won (AS$71,700) kepada Pusat Perubatan Samsung sempena ulang tahun kelahirannya, kata pihak hospital pada Ahad, lapor agensi berita Yonhap.

    Sumbangan Han itu akan digunakan untuk menampung kos rawatan pesakit dewasa yang menghidap penyakit serius serta rawatan pesakit kanak-kanak dan remaja.

    “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para peminat kerana memungkinkan saya menyambut ulang tahun kelahiran dengan satu amal perkongsian yang begitu bermakna,” kata Han.

    “Saya berharap ia sampai kepada mereka yang memerlukan serta memberi mereka kekuatan dan keberanian.” – Bernama

    Han telah membuat sumbangan bantuan kepada Pusat Perubatan Samsung sempena sambutan hari kelahirannya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda