Pelbagai trend kecantikan pelik diperkenalkan oleh selebriti Korea Selatan termasuklah mencacah tatu celak pada bahagian mata.
Bagaimanapun, ramai menyesal mengikut trend tersebut memandangkan tatu bersifat kekal dan sukar untuk dibuang.
Pelakon Han Ye Seul juga meluahkan rasa menyesal melakukan trend itu sehingga terpaksa menjalani prosedur laser bagi membuang tatu tersebut.
Ye Seul berkata proses membuang tatu bukan proses mudah malah terpaksa menanggung kesakitan demi mengembalikan bentuk matanya kepada asal.
“Saya buang tatu celak saya hari ini, sekarang mata saya akan nampak lagi cantik.
“Saya menangis sepanjang prosedur sebab sakit sangat, tahap kesakitan adalah 10,” katanya yang dikongsi mStar.
Ye Seul berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory memaparkan keadaan matanya yang sembab selepas melakukan laser.
Sementara itu, warganet menyokong tindakan Ye Seul malah ada memuji pelakon itu kini kelihatan lebih cantik tanpa tatu. – Agensi


