Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hani EXID akhirnya dedah wajah teman lelaki

    Tidak mahu berselindung lagi, penyanyi dan pelakon Korea Selatan iaitu Hani EXID berkongsi gambar teman lelakinya yang dikenali sebagai Yang Jae Woong.

    Memetik laporan Allkpop, teman lelaki Hani merupakan seorang pakar psikiatri yang terkenal dan ini kali pertama selebriti berkenaan berkongsi gambar kekasihnya.

    Perkara itu dikongsikan Hani menerusi akaun Instagram peribadi miliknya yang memaparkan dia bergambar bersama dua lelaki.

    Menerusi foto yang dikongsikan itu, difahamkan seorang lelaki agak berusia itu merupakan bapa Hani manakala seorang lagi ialah Yang Jae Woong.

    Dalam foto tersebut, dapat dilihat ketiga-tiga mereka mengenakan perhiasan Teletubbies dan tersenyum gembira.

    Walau bagaimanapun, Hani menutup ruang komen foto berkenaan kerana tidak mahu menerima komen yang tidak seronok berkaitan kekasihnya itu.

    Sebelum ini, Hani dan Yang Jae Woong mendedahkan hubungan mereka kepada umum pada Jun tahun lalu selepas bercinta hampir dua tahun. Bagaimanapun, hubungan mereka menjadi perhatian ramai disebabkan perbezaan umur 10 tahun. – Agensi

    Hani dan Yang Jae Woong mendedahkan hubungan mereka kepada umum pada Jun tahun lalu – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda