Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hani EXID bakal kahwin doktor psikiatri September depan

    Anggota kumpulan EXID iaitu Hani dilaporkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya pada September depan.

    Hani atau Ahn Hee Yeon, 32, mengambil keputusan itu selepas empat tahun menjalinkan hubungan cinta dengan seorang doktor psikiatri dikenali sebagai Yang Jae Woong.

    Menurut mStar yang memetik laporan Allkpop, pihak pengurusan Hani bagaimanapun enggan mengulas mengenai khabar angin tersebut.

    Sebaliknya menyerahkan sendiri kepada Hani dan Jae Woong membuat pengumuman kepada peminat.

    “Memandangkan perkara ini berkaitan kehidupan peribadi Hani, sukar untuk pihak kami memberikan jawapan buat masa ini,” kata wakil syarikat pengurusannya.

    Pada Jun 2022, Hani dan Jae Woong secara terbuka mengumumkan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

    Sejak itu, Hani kerap berkongsi foto mesra bersama teman lelakinya dan tidak lagi berselindung dalam menunjukkan kemesraan yang dianggap bukan perkara normal dalam kalangan selebriti di Korea Selatan.

    Bagaimanapun, perbezaan usia 10 tahun di antara mereka membuatkan peminat berasa kurang senang dengan hubungan tersebut. – Agensi

    Hani masih belum buka mulut mengenai khabar angin perkahwinannya. – Soompi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda