Monday, June 24, 2024
22.1 C
Brunei

    -

    Hanis Zalikha faham individu enggan memiliki zuriat

    Pelakon Malaysia, Hanis Zalikha berpendapat sebagai ibu kepada dua orang cahaya mata, memiliki cahaya mata bukan sahaja pelengkap rumah tangga sebaliknya ia datang dengan komitmen tinggi.

    Susulan itu, memetik laporan mStar, Hanis atau Hanis Zalikha Zainal Rashid, 34, tidak pernah menghakimi mana-mana individu yang enggan memiliki cahaya mata kerana memahami kepayahan dan cabaran membesarkan anak-anak.

    “Sebab anak ini bukan sahaja penyeri hidup, susah sangat nak beri komitmen untuk besarkan mereka.

    “Mereka (anak-anak) memerlukan perhatian untuk menjalinkan hubungan antara ibu dan anak,” katanya.

    Hanis berkongsi perkara itu sebagai menjawab soalan diutarakan pengikutnya sama ada normal sekiranya seseorang itu tidak mahu memiliki zuriat.

    Isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini bagaimanapun memuji individu tersebut yang disifatkan mempunyai pegangan dan perancangan dalam kehidupan mereka.

    “Tidak sebenarnya saya puji orang yang terus tahu sama ada dia nak atau tidak mahu memiliki anak.

    “Tidak mengapa tak ada anak atau mempunyai anak ramai. Anda lebih tahu diri anda yang sebenarnya,” ujarnya.

    Untuk rekod, Hanis mendirikan rumah tangga dengan Hairul pada Jun 2015.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 8, dan Alisa Aisyah yang kini berusia lima tahun. – Agensi

    Hanis bersama suami dan anak-anak. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China, Perancis lancar satelit pantau letupan sinar gamma

    CHINA, 23 JUN – Satelit Perancis-China telah dilancarkan kelmarin di mana ia merupakan misi untuk mencari letupan cahaya terbesar di dunia dalam usaha kerjasama...