Penampilan pelakon Hannah Delisha yang mula memakai hijab sejak sekitar awal September tahun lalu sentiasa menerima pujian daripada warganet di laman sosial. Selepas lima bulan mengenakan hijab, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch akhirnya mengambil langkah memadam kira-kira 800 foto memperlihatkan dirinya berpakaian seksi. Rata-rata peminat di laman sosial meluahkan rasa gembira melihat perubahan