Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hannah ucap tahniah, Mohamad Yusof sambar jersi pelangi kejuaraan dunia

    KUALA LUMPUR, 21 OKT – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada atlet para Malaysia, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, atas kejayaannya meraih pingat emas pertama dunia buat Malaysia di Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia 2025 di Rio de Janeiro, Brazil.

    Dalam hantaran di Facebook hari ini, Hannah berkata, atlet berusia 28 tahun itu bukan sahaja juara dunia dalam acara pecut 200 meter (m) kategori MC1, tetapi turut menjadi atlet para pertama Malaysia yang membawa pulang jersi pelangi.

    “Jersi Pelangi adalah simbol kejuaraan dunia yang paling berprestij dalam sukan berbasikal. Malaysia bangga dengan awda dan seluruh pasukan Berbasikal Trek Para Malaysia,” katanya.

    Mohamad Yusof menjadi atlet terpantas melintasi garisan penamat menewaskan pelumba Sepanyol, Ricardo Ten Argiles dan atlet neutral, Ivan Ermakov.

    Ia merupakan pingat kedua diraih anak jati Kuala Kangsar, Perak itu selepas meraih pingat perak acara 1 kilometer kategori MC1. – Bernama

    Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin (tengah) berjaya meraih pingat emas pertama dunia buat Malaysia di Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia 2025 di Rio de Janeiro, Brazil. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda