Tuesday, October 8, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hannah wajah penyeri CONBOO

    Selebriti jelita, Hannah Delisha yang dilantik sebagai wajah penyeri atau duta bagi produk pengeluar minuman berasaskan susu kambing, CONBOO mengaku banyak manfaat diperoleh selepas mengambil produk terbaharu, Beau3 Milk.

    Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch berkongsi, dia sudah mencuba produk keluaran CONBOO yang menggunakan pelbagai bahan premium itu dan melihat banyak perubahan kepada dirinya sejak awal pembabitan sebagai duta.

    Aktres kacukan Melayu-Inggeris itu berkata, dia senang bekerjasama dengan CONBOO yang menjadi penaja utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 yang bakal disiarkan secara langsung di TV3 dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11 Oktober ini.

    “Saya sangat berbesar hati menjadi duta produk Beau3 Milk sejak awal bertemu CONBOO.

    “Saya suka bersama mereka sebab semuanya menghiburkan dan senang bekerjasama. Saya juga tak sangka, CONBOO akan menjadi penaja utama ABPBH 36.

    “Ini berita baik dan semestinya saya sangat gembira. Antara sebab mengapa saya setuju menjadi duta CONBOO sebab saya pernah rasai kebaikan produk ini,” katanya kepada BH Online.

    Hannah berbesar hati menjadi duta Beau3 Milk dan merasai kebaikan produk dirumus dengan bahan berkhasiat premium berasaskan susu kambing. – mStar

    Hannah berkata, Beau3 Milk dirumus dengan bahan berkhasiat yang premium dan hasilnya terbukti selepas mencuba sendiri produk berkenaan.

    “Produk CONBOO sangat berkhasiat dan bagus. Antara bahan premium dalam produk Beau3 Milk adalah madu Manuka, ekstrak sarang burung, serbuk mutiara, vitamin C, glutathione dan susu kambing.

    “Menariknya, walaupun produk berasaskan susu kambing, tetapi langsung tiada bau hamis.

    Sebab ada sesetengah orang tak suka susu kambing sebab ada bau.

    “Tapi, selepas cuba produk ini memang tiada bau dan menariknya, ia didatangkan dengan empat perisa, iaitu melon, strawberi, pisang dan coklat,” kata selebriti kelahiran Singapura itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda