Friday, May 9, 2025
31.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hannah yakin Ahmad Shapawi mampu teraju YAKEB

    KUALA LUMPUR, 10 MAC – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Datuk Ahmad Shapawi Ismail untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi baharu Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

    Beliau berkata pengalaman luas bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) itu dalam pengurusan sukan dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara selain memastikan mereka mendapat sokongan sewajarnya.

    “Saya memilih beliau kerana mempunyai pengetahuan luas mengenai atlet di Malaysia.

    Saya juga telah melantik beberapa bekas atlet (sebagai Ahli Lembaga Pengarah YAKEB) supaya mereka dapat membantu beliau,” katanya selepas merasmikan Stadium Pickleball di Kenanga Wholesale City Fashion Mall di sini hari ini.

    Yeoh seterusnya melahirkan keyakinan terhadap kepimpinan baharu YAKEB dan beliau pasti mereka akan meneruskan langkah baik yang dilaksanakan Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed selaku pengerusi sebelum ini.

    Sementara itu, Hannah berkata beliau optimis kem badminton negara mampu menghasilkan keputusan positif pada saingan kejohanan badminton All England 2025 di Birmingham yang membuka gelanggang esok.

    “Kita ada jurulatih baharu dan ramai atlet profesional mewakili negara. Saya yakin mereka mempunyai kemahiran, cuma perlukan sedikit ketenangan dan lakukan yang terbaik untuk mengharungi cabaran All England,” katanya. – Bernama

    Hannah Yeoh menjawab pertanyaan media selepas hadir bagi merasmikan Stadium Pickleball di Kenanga Wholesale City (KWC) kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda