Anggota kumpulan Korea iaitu New Jeans, Hanni mencuri perhatian warganet apabila memberitahu dia menyukai hidangan tempe.
Hanni, 19, membuat pendedahan itu semasa ditemu bual bersama Majalah Marie Claire Korea, baru-baru ini.
“Sekarang, saya gemar makan tempe,” ujar Hanni dalam video tersebut.
Hanni memberitahu dia mula menyukai tempe setelah diperkenalkan oleh anggota kumpulannya iaitu Danielle.
“Dani mencadangkan saya mencuba tempe dan sejak itu saya menggemari makanan itu. Awda harus mencubanya juga,” kata Hanni, memetik laporan mStar.
Kenyataan Hanni itu membuatkan peminat khususnya yang berada di Indonesia dan Malaysia berasa teruja dan bangga.
“Wah, tempe semakin terkenal!
“Tak sangka yang makanan kesukaan Hanni sama dengan saya.
“Mari ke rumah saya, ibu saya suka goreng tempe,” komen warganet. – Agensi