Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hanoi, Bandar HCM antara destinasi paling murah Asia

    HANOI, 5 OGOS – Hanoi dan Bandar Ho Chi Minh (HCM), dua bandar utama di Vietnam, telah disenaraikan antara 10 bandar teratas di Asia dengan kos perjalanan terendah oleh majalah Travel & Leisure.

    Menurut majalah pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu, Bandar HCM di selatan Vietnam menduduki tempat kedua dengan kos perjalanan purata sebanyak AS$1,452, manakala Hanoi, ibu negara di utara Vietnam, berada di kedudukan kesembilan dengan kos perjalanan purata sekitar AS$1,546.

    Ethan Crowley, perancang perjalanan dari firma pelancongan Asia Desk, menyatakan bahawa Vietnam telah mendapat pengiktirafan sebagai destinasi paling menjimatkan di Asia Tenggara, menekankan harga makanan dan penginapan yang murah di negara itu.

    “Vietnam berpotensi menjadi negara dengan kos paling rendah untuk pelancong di rantau ini,” katanya.

    Walaupun terdapat tanggapan awal bahawa kos perjalanan ke Asia adalah tinggi, harga tiket penerbangan kini sembilan peratus lebih murah berbanding tahun lalu, menurut data daripada Kayak.

    Crowley juga berkata kemudahan mendapatkan penerbangan terus dari AS serta nilai
    opsyen untuk kelas perniagaan dan ekonomi di Vietnam.

    Senarai 10 bandar paling murah di Asia itu disusun berdasarkan data daripada Kayak, pelbagai enjin carian untuk perkhidmatan perjalanan termasuk penerbangan, hotel, kereta sewa dan pakej percutian. – ANN/VNS

    Gambar ANN/VNS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda