Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hanoi bina 600km landasan kereta api menjelang 2045

    HANOI, 27 OKT – Ibu negara Vietnam, Hanoi menyasarkan untuk menyiapkan 600 kilometer landasan kereta api dan mengendalikan 15 laluan kereta api bandar dengan 4,165 gerabak menjelang 2045, memetik akhbar tempatan Kinh Te & Do Thi hari ini.

    Menurut pelan pembangunan kereta api bandar Hanoi, sistem metro itu dijangka mampu menampung antara 2.2 juta hingga 2.6 juta perjalanan penumpang sehari menjelang 2030.

    Menjelang 2035, sistem berkenaan dijangka menyumbang antara 35 hingga 40 peratus daripada jumlah keseluruhan penumpang pengangkutan awam di bandar raya itu, bersamaan 9.7 juta hingga 11.8 juta perjalanan setiap hari.

    Ketua Lembaga Pengurusan Kereta Api Metropolitan Hanoi, Nguyen Cao Minh berkata keutamaan akan diberikan kepada beberapa laluan metro yang menghubungkan hab pengangkutan utama seperti lapangan terbang, stesen kereta api nasional dan kawasan bandar yang padat penduduk. – Bernama

    Gambar Vietnam News
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda