Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hanoi dilanda pencemaran teruk

    HANOI, 8 NOV – Kualiti udara di ibu negara Vietnam, Hanoi mencapai tahap tidak sihat secara menyeluruh hari ini, sekali gus meletakkan orang awam dalam risiko berhadapan kesan penafasan yang teruk.

    Stesen pemantauan udara di Hanoi melaporkan Indeks Kualiti Udara (AQI) pada tahap merah (AQI 151-200, “tidak sihat”), dengan beberapa kawasan mencatat warna ungu (AQI 201-300, “sangat tidak sihat”) setakat pagi hari ini, lapor Xinhua.

    Pencemaran udara teruk di bandar itu dijangkakan berlaku sehingga hujung minggu ini, menyebabkan sebahagian besar bandar itu diselubungi asap, lapor akhbar tempatan Vietnam News. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda