Tuesday, March 11, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hanoi larang lawatan di jalan kereta api

    HANOI, 10 MAC – Jabatan Pelancongan Hanoi meminta agensi pelancongan agar tidak menganjurkan lawatan ke jalan kereta api di wad Cua Nam, Hang Bong dan Cua Dong, lapor agensi berita Vietnam, VNA.

    Jabatan itu juga mengarahkan agensi pelancongan meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangan mereka mengenai risiko kemalangan di kawasan yang menempatkan kafe berhampiran landasan kereta api.

    Selain itu, pihak berkuasa berkaitan perlu mengambil langkah proaktif untuk mengesan, mencegah dan menangani pelanggaran peraturan dengan segera.

    Jalan kereta api, yang menghubungkan jalan Le Duan, Tran Phu, Cua Dong dan Phung Hung, sepanjang kira-kira dua kilometer dan merupakan destinasi popular bagi pelancong untuk bersiar-siar serta mengambil gambar, terutama pada hujung minggu.

    Bahagian jalan kereta api yang meliputi kawasan sepanjang kira-kira 300 meter dari Tran Phu ke Phung Hung dikenali pelancong sebagai new train street coffee dan menjadi tumpuan khusus pelancong asing.

    Deretan kafe yang terletak bersebelahan landasan membolehkan pengunjung menikmati kopi sambil menyaksikan kereta api yang lalu. Faktor ini menarik ramai pelancong asing untuk merasai pengalaman unik itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda