Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hanoi sedia Wi-Fi percuma

    HANOI, 25 OGOS – Hanoi merancang untuk menyediakan Wi-Fi percuma di semua lokasi pelancongan di empat daerah dan satu bandar, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

    Sistem Wi-Fi awam percuma itu akan dipasang oleh Vietnam Posts and Telecommunication (VNPT) di kawasan pelancongan di daerah bandar Hoan Kiem, Ba Dinh dan Tay Ho, daerah terpencil di Ha Dong serta bandar Son Tay.

    Jabatan Maklumat dan Telekomunikasi Hanoi meminta Jabatan Pelancongan, Jabatan Kebudayaan dan Sukan serta Jawatankuasa Rakyat tempatan bekerjasama dengan VNPT untuk memastikan pemasangan itu berjalan lancar. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda