Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hantar barangan buangan elektrik ke pusat e-waste

    KUANTAN, 5 Dis – Orang awam dinasihatkan untuk menghantar barangan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) ke pusat pengumpulan untuk dilupuskan mengikut kaedah mesra alam.

    Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang Rosli Zul berkata antara barangan e-waste yang terlibat ialah televisyen, peti sejuk, mesin basuh, penyaman udara, telefon bimbit dan komputer peribadi.

    Beliau juga menyifatkan kerjasama pihak swasta dalam isu berkaitan e-waste, sama ada sebagai pusat pengumpulan atau pusat pelupusan membantu melengkapkan program itu.

    “Usaha yang lebih gigih perlu dilakukan bagi meningkatkan kesedaran dalam isu e-waste. Penglibatan pihak swasta membolehkan orang awam mempunyai pilihan untuk menghantar buangan e-waste ke pusat pengumpulan,” katanya pada Pelancaran Pusat Pengumpulan e-waste di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sini, hari ini.

    Teks ucapan Rosli dibacakan Timbalannya Mahamud Ismail dan turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Akademik) Polisas Che Alias Mohd Yusof dan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Polisas Shahrulnizam Mohd. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda