Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hantaran gambar hospital oleh Malique cetus persoalan

    Hantaran penyanyi dan komposer, Malique Ibrahim, 48, yang memuatnaik foto Hospital Bahagia Ulu Kinta Perak, Tanjung Rambutan tanpa kapsyen di Instagram (IG) miliknya mencetus tanda tanya warganet.

    Ramai mula berteka-teki apa tujuan Malique ke sana sama ada ingin melawat penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman atau dia sendiri yang mempunyai masalah, menurut laporan BH Online!

    Meninjau di ruangan komen, warganet meninggalkan pelbagai alasan termasuk membuat spekulasi terhadap keberadaan Malique di hospital itu.

    “Kalau ada masalah bagi tahu lah bang, kita sembang-sembang bang, call je anytime.

    “Mungkin dia melawat Yasin kot.. tapi kalau sebaliknya doa yang baik-baik..Amin..Mr general is the best.

    “Assalamualaikum. Semoga sentiasa dalam keadaan kesihatan yang baik.

    “Wad untuk pejuang yang paling terbaik Malaysia.

    “Aku nampak Malique dengan mask, tak pakai topi, pegang iPhone 17 orange mungkin,” antara komen-komen warganet.

    Bagaimanapun, kalau dilihat pada setiap hantaran dimuatnaik Malique di IG miliknya, dia sememangnya selalu membuat perkongsian foto atau video tanpa menulis kapsyen.

    Ia sekali gus boleh mencetuskan pelbagai tanda tanya. Namun, apa yang pasti setiap orang ada cara mereka tersendiri dan sebagai pengguna media sosial harus hormati sahaja. – Agensi

    Tindakan Malique berkongsi foto Hospital Bahagia Ulu Kinta Perak, Tanjung Rambutan tanpa kapsyen di Instagram (IG) mencetuskan persoalan ramai. – BH Online
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda