Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Hantaran gas Rusia ke Eropah melalui Ukraine dihentikan

    KYIV, 1 JAN – Penghantaran gas Rusia ke Eropah melalui Ukraine dihentikan hari ini, menurut Moscow dan Kyiv, menandakan berakhirnya perjanjian yang telah dilaksanakan selama beberapa dekad dan menandakan kesan terbaharu perang antara kedua-dua negara tersebut.

    Gas Rusia telah dibekalkan ke Eropah melalui saluran paip yang melintasi Ukraine sejak berakhirnya Kesatuan Soviet pada tahun 1991 dalam perjanjian yang memberi hasil pendapatan kepada Moscow dari gas dan kepada Kyiv daripada bayaran transit.

    Kontrak penghantaran terkini tamat hari ini dengan Ukraine memilih untuk tidak melanjutkan perjanjian tersebut susulan pencerobohan Rusia pada tahun 2022.

    Gas Rusia menyumbang kurang 10 peratus daripada import gas Kesatuan Eropah pada tahun 2023 – berkurangan daripada lebih 40 peratus sebelum perang. Namun, beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU), terutamanya di timur, masih bergantung pada gas Rusia atas sebab-sebab geografi dan politik.

    “Kami telah menghentikan hantaran gas Rusia,” kata Menteri Tenaga Ukraine, German Galushchenko, dalam satu kenyataan, menyifatkan peristiwa itu sebagai ‘peristiwa bersejarah’.

    Pemandangan paip-paip di kemudahan simpanan gas bawah tanah Bilche-Volytsko-Uherske, yang terbesar di Eropah, tidak jauh dari kampung Bilche, di wilayah Lviv di barat Ukraine. – AFP

    “Rusia kehilangan pasaran mereka, mereka akan mengalami kerugian kewangan,” tambahnya.

    Gergasi tenaga Rusia, Gazprom, dalam kenyataan berasingan berkata, “Gas Rusia tidak lagi dibekalkan untuk hantaran melalui Ukraine sejak jam 8 pagi.”

    Ia berkata ia telah kehilangan ‘hak teknikal dan undang-undang’ untuk menghantar gas mereka melalui Ukraine ke Eropah.

    Harga gas asli Eropah melonjak melebihi 50 euro per megawatt jam untuk kali pertama dalam lebih setahun kelmarin ketika pembeli di Eropah Timur bersiap sedia menghadapi penggantungan bekalan.

    Anggota EU dan NATO, Hungary dan Slovakia, terus mengekalkan hubungan rapat dengan Kremlin meskipun selepas pencerobohan.

    Penggantungan hantaran gas Rusia melalui Ukraine akan memaksa beberapa negara untuk mengeluarkan lebih banyak simpanan mereka dan mencari lebih banyak import gas asli cecair (LNG).

    Namun, Hungary dijangka tidak terjejas dengan langkah tersebut, kerana mereka menerima sebahagian besar gas Rusia melalui saluran paip Laut Hitam, laluan alternatif yang memintas Ukraine dengan melalui Turkiye dan diteruskan melalui Balkan.

    Brussels tidak mengheboh impak kehilangan bekalan gas Rusia terhadap blok 27 ahli tersebut.

    “Suruhanjaya telah bekerja selama lebih setahun khususnya dalam persediaan menghadapi senario tanpa gas Rusia yang dihantar melalui Ukraine,” beritahunya kepada AFP kelmarin. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    Letupan gas di kilang kimia Pakistan ragut 14 nyawa

    FAISALABAD, PAKISTAN, 21 NOV - Sekurang-kurangnya 14 orang termasuk...

    Rangkaian penyeludupan artifak curi tumpas, 35 ditahan

    SOFIA, 21 NOV – Pihak penguatkuasa undang-undang di beberapa...

    Pertumbuhan S’pura diramal melonjak sebab AI

    SINGAPURA, 21 NOV – Ekonomi Singapura diramalkan bertumbuh untuk...

    Arab Saudi akan labur AS$1 trilion di AS

    WASHINGTON, 19 NOV - Putera Mahkota Mohammed bin Salman...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...