Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hantaran vaksin Pfizer ke Eropah dikurangkan

    OSLO, 15 JAN – Penghantaran vaksin COVID-19 ke Norway dan Eropah oleh kumpulan farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer akan dikurangkan ‘mulai minggu depan’ sementara syarikat itu menambah kapasiti pengeluaran, kata pihak berkuasa kesihatan Norway hari ini.

    “Pengurangan sementara akan menjejas semua negara Eropah,” kata Agensi Kesihatan Awam Norway (FHI) dalam satu kenyataan.

    “Masih tidak jelas tempoh masa yang akan diambil oleh Pfizer untuk mengekalkan kapasiti pengeluaran, yang akan meningkat daripada 1.3 kepada 2 bilion dos tahunan.”

    FHI tidak memberikan jumlah hantaran ke Eropah pada keseluruhannya, tetapi berkata Norway akan menerima 36,075 dos pada minggu depan, berkurangan daripada 43,875 dos yang dijangka sebelumnya, atau kemerosotan 17.8 peratus.

    Demi mengganti pengurangan itu, Norway akan menggunakan beberapa dos vaksin yang telah diperuntukkan sebagai langkah berjaga-jaga apabila ia menerima hantaran pertamanya.

    Sementara negara Scandinavia itu bukan anggota EU, ia mempunyai kaitan rapat dalam beberapa bidang, termasuk pemerolehan vaksin COVID-19 yang dirunding oleh Brussels. – AFP

    AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda