Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hanya 1 daripada 800 banduan kembali ke penjara

    TUARAN, 16 OKT – Program pemulihan melalui Parol dan Perkhidmatan Komuniti didapati amat berkesan dalam memulih-kan banduan di negara ini apabila hanya satu daripada 800 banduan mengikuti pemulihan itu kembali ke penjara, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

    Beliau berkata jumlah itu menunjukkan peratusan kembali ke penjara yang amat kecil iaitu 0.125 peratus, berbanding peratus banduan yang tidak mengikuti program berkenaan  kembali ke penjara iaitu pada tahap yang tinggi 18.6 peratus.

    Katanya salah satu mekanisme penting dalam pemulihan melalui Parol dan Perkhidmatan Komuniti itu adalah rumah perantaraan yang menempatkan orang diparol (ODP) dan bekas banduan (residen) bagi memberikan mereka tempat tinggal, riadah dan kelas pembelajaran secara sementara.

    “Kita ada 14 buah Rumah Perantaraan seluruh negara, penghuni (penjara) yang ada masalah diterima kembali (komuniti) kita bantu dan tidak biarkan tanpa perhatian sehingga mereka boleh terjebak kembali dengan jenayah,” katanya pada sidang media di sini hari ini. – Bernama

    Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Rumah Perantaraan negeri Sabah di Kampung Panjut Berungis Tuaran kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda