Saturday, April 26, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hanya 10 agensi pekerjaan swasta aktif di S’wak

    KUCHING, 29 Mac – Hanya terdapat 10 Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang masih dalam tempoh sah lesen bagi 2019 yang aktif di Sarawak. Timbalan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak, Sulaiman Ismail berkata tujuh daripadanya adalah di bahagian Kuching dan masing-masing satu di bahagian Sibu, Miri dan Bintulu.

    Berikutan kes penipuan pekerjaan yang melibatkan 47 warga Malaysia ditahan di Kemboja sebelum ini, beliau menasihati orang awam agar lebih berhati-hati dan menyemak dahulu senarai APS sama ada ia benar atau sebaliknya.

    “Akta Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017 antara lain bertujuan melindungi pekerja tempatan yang mendapat pekerjaan di luar negara melalui APS,” katanya kepada media pada sesi taklimat JTK Sarawak bersama media di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda