Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hanya 12 kes sedang dirawat di Sabah

    KOTA KINABALU, 1 JUN – Hanya tinggal 12 kes COVID-19 sedang dirawat di enam hospital pakar seluruh Sabah setakat semalam, kata Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Christina Rundi.

    Beliau berkata jumlah itu adalah daripada 346 kes COVID-19 direkodkan di Sabah, manakala selebihnya iaitu 329 adalah kes sembuh dan lima kes kematian. Dr Christina berkata tiada kes baharu dilaporkan di negeri ini selama dua hari berturut-turut namun, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengingatkan bahawa bilangan kes COVID-19 yang dilaporkan semakin berkurangan bukan bermakna wabak itu sudah berakhir.

    “JKNS menggesa orang ramai untuk terus mengamalkan normal baharu tidak kira sama ada di rumah, kedai atau di mana sahaja. Dengan hanya satu kes, jika kita leka dan tidak memandang serius perkara ini, tidak mustahil jangkitan COVID-19 boleh menular semula,” katanya dalam kenyataan, di sini. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda