Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hanya 54 peratus wanita di Asia Pasifik guna internet

    BANGKOK, 9 MAC – Jurang jantina digital menghalang rantau Asia-Pasifik mencungkil bakat dalam kalangan wanita dan gadis, menurut Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (ESCAP).

    Dalam satu kenyataan, ESCAP memaklumkan hanya 54 peratus wanita di rantau Asia Pasifik menggunakan internet berbanding 59 peratus golongan lelaki.

    ESCAP mendedahkan bahawa di negara berpendapatan rendah dan sederhana di rantau ini, berkemungkinan 20 peratus wanita kurang memiliki telefon pintar atau menggunakan Internet pada peranti mudah alih berbanding lelaki.

    “Selain itu, walaupun sesetengah wanita dan kanak-kanak perempuan memiliki peranti digital, mereka sering hidup dalam konteks di mana mereka tidak mempunyai autonomi untuk menggunakannya dan tidak dapat memanfaatkan alat digital untuk diri mereka sendiri,” katanya.

    Selain akses dan kemahiran digital yang tidak mencukupi, ESCAP memaklumkan stereotaip jantina dan norma sosial terus menghalang kemajuan transformasi digital yang sama rata. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda