Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hanya gurauan dan usikan

    Penyanyi popular, Siti Nordiana atau Nana tidak menyangka ada pihak memandang serius kenyataan diberikan mengenai dirinya janda anak satu dan Ezad Lazim mengajaknya bernikah.

    Katanya sewaktu dihubungi, dia sendiri tidak menyedari kenyataannya itu hangat diperkatakan sehingga menjadi bahan perbincangan stesen radio Hot FM, memandangkan dia sibuk dengan penggambaran drama bersiri Satukan Rasa.

    “Lamaran dibuat Ezad Lazim ini sebenarnya hanyalah gurauan. Saya dengan Ezad memang kuat bergurau sejak kami sama-sama masuk Gegar Vaganza musim kedua lagi. Mereka yang mengikuti lamaran dibuat Ezad dalam laman sosial ini pun tahu yang ia hanyalah gurauan. Malah isteri merangkap pengurus Ezad, Zeana juga turut sertai gurauan kami. Dia dah faham sangat dan tidak kisah,” katanya.

    Mengenai kenyataannya mengenai lelaki dan keluarga mereka mahu menerima wanita bergelar janda beranak satu seperti dirinya, kata Nana, ia bukan kerana mahu menarik perhatian, sebaliknya satu hakikat.

    Sebagai seorang wanita yang matang katanya, apabila hendak memikirkan soal berumah tangga kembali perkara itu amat penting untuk diambil kira. Nana sebelum ini menjelaskan kepada media bahawa walaupun dia baik dengan Khai Bahar, tetapi belum tentu keluarganya boleh menerima status dirinya itu. Tambahan pula Khai jauh lebih muda dan masih bujang. – Agensi

    Nana tidak menyangka ada pihak memandang serius kenyataan diberikan mengenai dirinya janda anak satu dan Ezad Lazim mengajaknya bernikah. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda