LONDON, 29 JULAI – Satu tarikan pelancong terbaharu di London gagal mencuri perhatian para pelawat.
The Marble Arch Mound, bukit tiruan yang terletak sebelah persimpangan paling sibuk di bandar, dibuka pada minggu ini, dan ia telah pun menawarkan bayaran balik kepada pelawat yang kecewa dan mengakui terdapatnya ‘masalah.’
Direka oleh firma seni bina Belanda MVRDV, anak bukit setinggi 25 meter itu terdiri daripada perancah yang dilitupi rumput yang mendakwa menawarkan pemandangan indah Hyde Park, Oxford Street dan kawasan sekitarnya. Laman web bukit itu menyifatkannya sebagai ‘pengalaman baharu dan bermakna yang memikat imaginasi penduduk, perniagaan dan pelawat,’ dan pegawai tempatan berharap ia akan membantu menarik orang kembali ke pusat bandar London selepas dikenakan sekatan koronavirus lebih setahun.
Pelawat pada minggu ini menyamakannya dengan tapak pembinaan atau timbunan besi yang tidak seindah seperti yang digambarkan di laman web. Sebuah kedai, kafe dan ruang pameran yang dijanji akan dibina masih belum siap. – AP
