Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hanya kerana bunyi bising, kanak-kanak dibunuh

    CHICAGO, 8 OGOS – Seorang lelaki didakwa membunuh kelmarin selepas saksi mengatakan seorang kanak-kanak Chicago berusia 8 tahun yang menunggang skuter telah ditembak mati oleh seseorang yang marah kerana bunyi bising.

    Pertuduhan tersebut difailkan terhadap Michael Goodman, 43, dalam kematian Sarabi Medina, yang diumumkan oleh polis Chicago.

    “Ia tidak masuk akal. Tiada satu pun yang masuk akal,” kata jiran, Megan Kelle kepada Chicago Sun-Times. “Semua orang dalam komuniti hanya memberitahunya bahawa mereka hanyalah kanak-kanak yang berseronok bermain. Biarkan mereka bermain.”

    Tembakan berlaku pada malam Sabtu di kawasan Portage Park di Chicago. Polis berada di bangunan pangsapuri Goodman pada Ahad, menemu bual orang ramai dan mengumpul bukti, beberapa jam selepas tembakan itu.

    “Sebelum dia menembaknya, dia telah mengatakan sesuatu tentang mereka terlalu bising,” kata Kelley.

    Selepas tembakan itu, Goodman telah diserang bapa Sarabi dan ditembak semasa bergelut, menurut laporan polis. Dia kemudian dibawa ke hospital.

    “Dia berlari ke sana dan bergelut dengan lelaki itu,” kata aktivis komuniti, Andrew Holmes.

    Goodman berada dalam tahanan kelmarin tetapi tidak disenaraikan dalam rekod mahkamah Cook County dan peguamnya tidak dapat ditemui untuk memberikan komen mengenai kes itu. – AP

    Polis menyiasat bangunan pangsapuri tempat di mana seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dibunuh di Portage Park, 6 Ogos. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda